Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

29 February, 2012

Malaysia tertinggi masalah obesiti






MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini.
“Kita sebagai masyarakat harus menekankan betapa pentingnya menjaga kesihatan termasuk kadar pengambilan gula seharian yang menyumbang kepada diabates,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berhubung tahap penggunaan gula di kalangan rakyat Malaysia berbanding negara lain.
Rosnah berkata, berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa di negara ini pada 2002 dan 2003 mendapati, rakyat Malaysia mengambil 51 gram gula tambahan, berbanding 50 gram yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menjawab soalan asal daripada Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil), Rosnah berkata, sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis dan 7.3 peratus atau 92 sampel daripadanya didapati melanggar standard yang ditetapkan.

“Pada 2010, sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, selain tindakan mahkamah terhadap pihak industri yang tidak bertanggungjawab, kerajaan juga mengeluarkan senarai produk yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan,” katanya.





20 February, 2012

SD2 : Bagaimana Badan Berkerja






Jika anda makan lebih banyak kalori daripada anda membakar untuk tenaga,anda akan mendapat berat badan. Ia adalah penting untuk memahami bahawa metabolisme badan semua orangmenggunakan bahan api pada kadar yang berbeza.

Prinsip program Diet Slim adalah untuk meneroka ke dalam sistem yang kehilangan berat badan secara semulajadi melalui mengawal pengambilan karbohidrat harian anda. Jika anda makan karbohidrat kurang daripada yang anda perlukan untuk tenaga, lemak anda yang disimpan dibakar untuk menyediakan keperluan tenagabadan anda. Oleh itu adalah penting untuk menyimpan rekod yang tepat semua karbohidrat yang anda makan setiap hari. Salah satu kunci kepada program kami adalah pengenalpastian Peringkat Karbohidrat Kritikal anda dna juga permakanan seharian anda.







09 December, 2011

PERBEZAAN SD2 DENGAN PRODUK DIET PELANSINGAN YANG LAIN











1. SD 2 merupakan meal supplement iaitu makanan tambahan untuk pengguna.Pengguna tidak perlu berlapar untuk berdiet. Tapi pengguna hanya dibenarkan memakan makanan berunsur protein dan elakkan makan makanan berunsur karbohidrat

2. SD 2 tidak seperti produk pelansingan yang lain yang perlu ke toilet untuk membuang air besar dan sebagainya, tetapi SD2 melakukan pembakaran lemak secara semula jadi dengan memperbanyakan minum air masak

3.Selepas dan sebelum minum SD2, pengguna tidak perlu menunggu 2 jam untuk makan. Pengguna boleh terus mengambil makanan.

4.Pengguna SD2 tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk berdiet. Hanya perlu minum SD2 sahaja tanpa perlu supplemet-supplement vitamin diet yang lain..JIMAT KOS

5.SD2 dikilangkan oleh syarikat New Image International, Auckland New Zealand dan dipasarkan di Australia, New Zealand, Taiwan, Malaysia, Singapura, Indonesia, HongKong, Filipina dan Japan.



TIPS : MAKANAN PROTEIN YANG RENDAH LEMAK






PROTEIN
dicerna didalam badan manusia adalah lebih lambat dibandingkan lemak dan juga karbohidrat Protein membuat anda kenyang lebih lama dan menjaga kadar gula dalam darah.

TELUR
Telur merupakan sumber protein yang mengandunigi nutrisi terlengkap dibandingkan makanan sumber protein yang lain.Sebiji telur re
bus mengandung tujuh gram protein dengan hanya dua gram lemak. Untuk menghindari lemak, gunakan putih telur dan buang kuningnya.

DADA AYAM
Potongan daging rendah lemak dimakan dengan roti whole grain dengan topping mustard dan bayam merupakan pilihan makan yang sihat.

SUSU
Susu dan sejenisnya merupakan sumber protein yang terbaik.
Protein dari sumber ini mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh. Susu mengandung protein yang baik serta mengandungi kalsium yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar






DAGING
Daging juga merupakan sumber lain bagi protein. Di dalamnya terdapat pula banyak zat besi, fosfor dan beberapa vitamin B complex .

IKAN
Pastikan selalu menyediakan ikan segar dalam lemari pendingin Anda. Dengan begitu, Anda selalu mempunyai bahan untuk membuat makanan sehat kaya protein.(MI/ICH)

Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati. Apa yang menarik, selain membekalkan kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori (4 auns hidangan ikan kod membekalkan kira-kira 52.1 peratus protein dengan hanya 119 kalori).

Ia juga membekalkan beberapa nutrisi penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan kardiovaskular anda. Kajian di Amerika menunjukkan bahawa mereka yang makan ikan kod dengan kerap akan membantu mengurangkan risiko diserang sakit jantung. Ikan kod kaya dengan kandungan asid omega 3, vitamin B12 dan vitamin B6 yang diperlukan bagi memastikan kadar homocysteine dalam tubuh berada pada tahap rendah. Ini penting kerana jika kadar homocysteine dalam tubuh tinggi, ia akan memberikan tekanan pada salur darah dan ini akan menyumbang pada serangan sakit jantung.


CREDIT : http://www.tipsdanpetua.com/tag/sumber-protein-terbaik/

http://www.resep.web.id/tips/telur-dan-susu-sumber-protein-yang-baik.htm