TIPS






7 Punca Diet Anda Gagal & Cara Kekalkan Badan Yang Langsing selepas menggunakan SDII


Anda sudah mengurangkan makan nasi, tidak lagi makan malam. Tidak juga menjamah coklat dan makanan kering kegemaran anda, tapi berat badan tak juga turun. Jika ini berlaku pasti ada yang tidak kena dengan cara anda berdiet. Kegagalan ini tentunya disebabkan oleh pelbagai perkara.

Inilah beberapa punca mengapa usaha anda untuk menurunkan berat badan gagal dan jawapan untuk mengatasinya :-

1) PENGAMBILAN LEMAK BERLEBIHAN

Tidak dapat dinafikan, makanan yang mengandungi lemak lebih lazat dan sedap. Tidak hairan anda sukar menghadkan pengambilan hingga 30 peratus sahaja makanan jenis ini. Kajian menunjukkan seamkain banyak anda mengambil lemak, semakin kurang anda menyerap zat makanan yang lain dan mendorong penambahan berat badan.

Saranan :

Secara umumnya, semakin sedikit anda memproses makanan, semakin rendahlah kandungan lemak didalamnya. Seabik-baiknya anda memilih makanan yang dipanggang daripada yang digoreng. Hadkan makanan manis yang kaya lemak. Jika anda membeli makanan yang sudah dipaketkan, perhatikan kandungan lemak pada labelnya. Pilih makaan yang kandungan lemaknya tidak lebih dari 3gm per 100 kalori.

2) JARANG BERSENAM

Sekiranya anda tidak bersarapan kerana mahu mengelakkan gemuk, bermakna strategi anda itu salah. Tahukah tanpa sarapan, tubuh akan terasa amat lapar hingga mengakibatkan nafsu makan semakin besar apabila tiba masa makan tengahari. Kajian di barat menunjukkan, orang yang bersarapan dengan bijirin setiap pagi akan lebih cergas dan mempunyai tingkahlaku lebih positif.

Saranan :-

Biasakan sarapan.

Bekerja dengan perut kosong menyukarkan anda memberi tumpuan pada pekerjaan. Hindari makanan yang manis-manis kerana makanan ini membuat anda berasa terlalu kenyang dan mengantuk. Pilih sarapan yang mempunyai karbohidrat seimbang. Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin boleh menstabilkan gula dalam darah dan membuat anda terasa kenyang hingga waktu makan tengahari.

3) TIDAK PERNAH MENCATAT

Sebahagian besar daripada kita merasakan tidak penting untuk mencatat setiap makanan yang kita makan. Samada makanan yang berkhasiat atau sebaliknya.

Saranan :-

Buatlah sebuah diari diet, iaitu dengan mencatatkan pengambilan makanan harian anda. Dengan catatan ini, anda akan lebih berhati-hati setiap kali ingin memilih makanan. Diari tersebut juga akan membantu anda menunjukkan dengan tepat situasi yang menyebabkan anda ingin makan. Ia juga boleh membantu anda untuk membezakan anda makan kerana keperluan atau kerana nafsu.

4) KETAGIHAN GULA

Boleh dikatakan semua orang suka gula. Tidak lengkap makanan tanpa gula terutama teh dan kopi. Dan ternyata rasa manis merupakan pengukur penting yang mempengaruhi tahap kegemaran pengguna terhadap sesuatu produk. Dan kebanyakan makanan sihat seperti yoghurt dan oatmeal juga mengandungi banyak gula.

Saranan :-

Jangan amalkan makanan manis-manis sebagai pencuci mulut setiap kali selesai makan. Makan makanan jenis ini hanya sekali seminggu. Baca label nutrient untuk menghadkan penggunaan gula seabgai bahan utamanya. Selain itu cuba elakkan makanan yang dianggap sihat tetapi sebenarnya mengandungi banyak gula. Kurangkan minum minuman bersoda atau gantikan dengan minuman bersoda bebas gula.

5) MAKAN KEKACANG

Kacang soya, kacang merah, kacang buncis, kacang tanah dan seumpamanya adalah jenis makanan yang rendah lemak, mengenyangkan, kaya serat, protein dan karbohidrat. Makanan jenis ini juga mengandungi nutrient yang baik untuk wanita.

Saranan :-

Tambahkan jumlah pengambilan kekacang dan biji-bijian ini. Amalkan selalu dan beri kesempatan pada tubuh anda menambah serat. Jika tidak mahu memasak sendiri , anda boleh membelinya di kedai tetapi perhatikan kadar sodium, garam dan cara pengolahannya.

6) PENGAMBILAN KALSIUM

Anda pasti sudah mengetahui betapa pentingnya kalsium untuk kesihatan tulang dalam mencegah osteoporosis. Kajian yang dibuat di Creighton University Osteoporosis Research Center, mendapati makanan kaya kalsium mapu mengawal kejadian overweight hingga 70 peratus. Namun sayangnya, ramai di antara kita yang tidak suka makanan mahupun minuman yang berkalsium. Malahan ada yang menggantikan susu dengan makan keju tinggi lemak.

Saranan :-

Minumlah dua gelas susu rendah lemak setiap hari. Dengan cara ini anda menyelamatkan tulang daripada rapuh, sementara zatnya memadai untuk mengalas perut dengan bahan rendah kalori. Anda boleh minum soya jika tidak begitu gemarkan susu biasa.

7) KURANG SERAT

Dibandingkan makan buah-buahan, sayur-sayuran atau produk gandum yang kaya serat, karbohidrat, vitamin dan mineral, anda mungkin lebih sukakan kek, atau kuih, yang biasanya dibuat daripada lemak, gula, garam dan bahan additive. Sedangkan bahan bersumber daripada tepung gandum ini merupakan salah satu sumber lemak tepu terbanyak dalam diet kita.

Saranan :-

Anda boleh menggantikan roti putih, mi atau kek dengan roti whole grain, bijirin atau pasta. Supaya rasanya lebih lazat, anda boleh mencampurkan bijirin dengan buah-buahan segar. Selamat berdiet dengan SDII..

Jangan gunakan no 5. , 6, 7 semasa berdiet SDII. Ia adalah tips untuk kekalkan langsing.

Credit to: Asman Saidi.


_________________________________________________________________________________









TIPS :

SLIM DIET 2 IN MALAYSIA utk sesiapa yg dah biasa makan nasi..tentu susah nak tinggalkan nasi secara mendadak DENGAN TIBA-TIBA...Terkejut perut hehe...kan? jadi dinasihatkan supaya hari -1 di kurangkan nasi dari satu pinggan penuh jadi separuh,hari-2 jadi 1/4 pinggan, hari-3 ambil 2 sudu nasi jer..kalau tak boleh juga tinggalkan nasi..boleh makan nasi tp hanya 2 sudu sahaja dlm sehari, banyakkan makan sayur2an dan protien spt telur,ikan,ayam dll.seelok2nya jgn ambik carbo lansung utk kesan yang maksimum.




KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SDII DI JALANKAN ?


Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SDII ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini.





BOLEHKAH MENGAMBIL OAT SEMASA PENGAMBILAN SD2?

Ada bebepara pertanyaan yang saya terima mengenai pemakanan oat semasa melakukan program diet SD2.

Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.

Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol (“buruk”), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten).

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, “kegilaan bijirin oat” melanda U.S. pada akhir 1980-an dan memuncak pada 1989.Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.


Kandungan karbohidrat didalam setiap hidangan 100 g Oat adalah 66g. Ini adalah terlalu tinggi dan melebihi had 35g karbohidrat sehari untuk pengamal diet SD2. Cukup dengan memakan 50g Oat sahaja akan menyebabkan badan kita tidak lagi membakar lemak tersimpan dan mengambil tenaga & gula dari oat yang kita makan tadi.


Berhenti lah makan oat sementara diet SD2 sekiranya anda ingin cepat menurunkan berat badan.


KENAPA KITA PERLU MINUM AIR DENGAN BANYAK?





minum air yang banyak adalah baik untuk kesihatan... sekiranya anda mengambil SD2, anda dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari.


Kenapa kita harus minum air dengan kuantiti yang banyak ini kerana, jika anda kurang minum air, metabolisma anda semakin rendah dan penurunan berat badan anda akan menjadi lambat kerana kurang air dan menyebabkan anda mengalami keadaan dehidrasi


Air berfungsi untuk mengaktifkan sel-sel badan dan juga SD2. Selain dari itu air juga berfungsi untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak. Minum air juga dapat membantu masalah sembelit


Untuk itu dinasihatkan ketika mengikuti program SD2 hendaklah mengambil air dengan kuantiti yang banyak dalam seharian. Ianya dapat membantu untuk menurunkan berat badan dengan lebih baik dan sihat.